Dec 14, 2004

Nilaian kembara..

Ingin lagi menulis. Aku fikirkan dan terus aku membenarkan minda berpusing di paksi. Aku fikirkan tentang aku dan apa yang aku lihat. Aku tuliskan apa yang aku cuba fahamkan, cuba menulis apa yang orang lain faham. Aku masih ingin menjadi diri sendiri. Aku kagumi makhluk insan yang lain. Cuma, aku selalu ingatkan diri agar tidak terikut-ikut dengan cara insan lain. Kitalah diri kita dan kita perlu hargai siapa diri dan fikrah kita cumanya jangan menolak fikrah yang lainnya. Sebab Allah gariskan ummah, bukan sendiri. Bila ummah diwarta, maka hidup ini perlu bersama, ada lebih buat dikongsi ke arah sumbangan dan kebaikan bersama.

Aku masih ingin menjadi diriku. Mungkin agak taksub dengan ide dari selain aku namun aku masih memujuk diri utk menerima aku yang aku banggakan. Aku dan diriku tentang cause and effect dalam kehidupan. Biarlah kalo aku masih tandus ide utk berkata atau berkarya. Biar yang lain hebat berdebat dan berseloka di singgahrasa. Aku harapkan kejituan dan aku pasti akan terus mencari. Tak perlu kejar untuk menjadi seperti mereka. Ini tahapku dan aku perlu bangkit perlahan. Betulkan jalan dan metodnya. Biar aku kisahkan apa yang aku fikirkan. Itu aku dan aku tetap aku. Aku dan jalan mencari ilmu, moga Allah memudahkan segalanya.

Bersua dengan seorang teman, aku galak mendengar dan berdiskusi ttg pelbagai perkara. Sungguh aku kaguminya sedari dulu. Ya, dia punya fikrah membina. Kurnia Tuhan atas hadiah sebuah dugaan. Sahabat itu yang tabah hadapi kehidupan, aku tentunya belajar dari riak wajahnya yang matang berkata walau mungkin dalam diamnya. InsyaAllah, ada masa akan ku kongsikan ttg peristiwa bualan kami dan apa isinya yang buat aku berfikir dan terus membenar diri dirasuk persoalan. Salam kasih sayang. Aku inginkan yang terbaik buat diriku kerana aku sayang pada diriku. Aku yang punya diriku, bukan kamu dan tentunya aku yang maha tahu siapa aku dan kemudi hati yang perlu aku siasat selalu. Hati dan kecintaan sehangat asmaradana..hakikat hidup berTuhan, berjalan ….

No comments: